Pasukan Astro-Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menepati ramalan apabila sekali lagi mengungguli Kejohanan Jemputan Badminton Astro Kasih B-15 dan B-17 di Dewan Olimpik SSBJ di Bukit Jalil, hari ini.

Kejohanan yang memasuki edisi kedua itu menemui kemuncaknya, dengan menyaksikan dua pasukan Astro-SSBJ berentap sesama sendiri dalam perlawanan akhir B-17.

Astro-SSBJ B bermula cemerlang hasil kemenangan Jacky Koh dalam perseorangan lelaki sebelum turut melakar kemenangan dalam saingan perseorangan perempuan dan beregu lelaki.

Begitupun, kejuaraan dalam acara beregu campuran menjadi milik Astro-SSBJ A apabila gandingannya, Ooi Jhy Dar-Gan Juan Err, memperoleh mata kemenangan.

Sementara itu, bagi kategori B-15, Astro-SSBJ A mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas kelab dari Pulau Pinang untuk muncul juara.

Johan masing-masing menerima trofi serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Saya rasa ini adalah satu petanda yang baik untuk badminton Malaysia,” kata jurulatih badminton remaja negara, Kwan Yoke Meng.
“Banyak kelab-kelab yang tampil membantu perkembangan badminton kita.”

Sumber : stadiumastro.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *