Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia
Prosedur Permohonan Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nota : Pencalon – Terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),Sekolah Sukan Malaysia (SSM), dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

1. Syarat Umum Kemasukan Ke SSM
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
1.3 Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
1.4 Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
1.5 Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
1.6 Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

2. Syarat Khusus Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia
2.1 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​ 2.2 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Keputusan Pemilihan Dan Penempatan Atlet Murid Sekolah Sukan Malaysia

1. Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia.
2. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi ambilan Julai.
3. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

3.1 Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://spassm.moe.gov.my/.
3.2 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang berhampiran.

4. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.
5. Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

JENIS SUKAN DI SSM

Bil.Jenis SukanSSBJSSTMISSM PHGSSM SBHSSM TGN
1Angkat Berat √   √ √
2Badminton    
3Bola Jaring   
4Bola Keranjang   
5Bola Sepak√ (P) 
6Bola Tampar   
7Bowling Tenpin    
8Bowling Padang   
9Gimnastik Artistik  
10Gimrama    
11Hoki√ (L)  
12Judo   
13Karate    
14Kriket    
15Lawan Pedang  
16Lumba Basikal   
17Memanah  
18Menembak    
19Olahraga
20Ping Pong    
21Ragbi    
22Renang  
23Renang Berirama    
24Tae Kwan Do    
25Terjun  
26Sepak Takraw  
27Silat Olahraga    
28Skuasy    
29Wushu    
30Tenis    
31Tinju    
JUMLAH2515578

SYARAT DAN PROSEDUR PENGAMBILAN ATLET MURID KE PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)

Calon lepasan SPM boleh memohon ke Sekolah Sukan Malaysia pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya 1 (satu) kali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://prau.moe.gov.my/.

Syarat Umum :

  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah;
  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara;
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan;
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK); dan
  • Lulus temuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke SSM sekiranya

Syarat Khas :

Aliran Sains

  • Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden; dan
  • Lulus dua (2) mata pelajaran daripada yang berikut :
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Sukan

Aliran Sastera Ikhtisas

  • Lulus dua (2) mata pelajaran daripada yang berikut :
  • Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden; dan
    • Perdagangan
    • Ekonomi Asas
    • Prinsip Akaun
    • Bahasa Inggeris
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Rekacipta
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Sains Tambahan
    • Teknologi Maklumat
    • Sains Sukan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
LogoSekolah Logo Sekolah
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90587335
Faks: 03-90587153
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5497000
Faks: 09-5497001
Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
Tel: 078223027
Faks: 078223028
Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)
Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-402140
Faks: 088-402142
logo sek sukan terengganuSekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)
Lot 50393
Jalan Lapangan Terbang
21300 Mukim Kuala Nerus
Kuala Terengganu
Terengganu
Tel:
Faks: